Kek Lapis Jelly Tot

Ramuan / Bahan

12 biji kuning telur
6 biji putih telur
280 gm gula halus
260 gm tepung gandum
20 gm susu tepung 500 gm mentega
1 camca teh esen vanila
1 camca teh serbuk penaik
Gula-gula jelly tot secukupnya.

Cara-cara

Mentega, susu dan vanila dipukul hingga putih.

Pukul telur bersama gula, tepung dan serbuk penaik hingga kembang dan pekat.

Masukkan adunan mentega. Kacau lagi.

Apabila siap, bakar selapis demi selapis. Apabila tiba di lapisan ketiga, taburkan gula-gula jelly tot. Buat begini hingga adunan habis.