Kek Lapis Idola

Ramuan / Bahan

10 biji telur ayam
16 oz mentega
200gm horlick
80gm kaya
50gm serbuk santan
600gm coklat masakan(dicairkan) 1 tin susu manis
½ gelas milo
1½ gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
sedikit gula browning
Pewarna kuning

Cara-cara

1)Pukul mentega dan gula hingga putih. Kemudian masukkan telur satu persatu dan gaul.
2)Masukkan susu, horlick, kaya, serbuk santan, tepung gandum dan esen vanilla
3)Bahagikan kpd 3 bahagian:-
-1:Kuning dibahagi 2(utk lapisan atas dan bawah)
-2:Dicampukan milo, gula browning dan coklat masakan yang dicairkan
4)Bakar warna kuning dulu berlapis2 hingga habis(utk lapisan atas). Kemudian bakar warna coklat berlapis2 hingga habis. Akhir sekali, bakar warna kuning berlapis2 hingga habis.(utk lapisan bawah)