Kek Lapis How Flakes

Ramuan / Bahan

500 gm mentega
½ tin kelapa parut
100 gm walnut (ditumbuk)
10 bungkus How Flakes
Coklat giant choky 16 biji telur (asingkan putih dan kuning)
½ tin susu manis
½ tin krim susu
100 gm gajus

Cara-cara

Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula dan pukul lagi.

Masukkan kuning telur. Kacau rata dan masukkan semua bahan lain kecuali How Flakes, gajus dan walnut. Bahagikan tiga bahagian.

Masukkan How Flakes yang dipecah-pecahkan dan warna merah jambu.

Masukkan kacang gajus. Masukkan kacang walnut.

Bakar adunan walnut dahulu dengan api atas. Setelah perang, susun choky dan tuang pula adunan How Flakes. Bakar hingga masak.

Susun choky lagi dan tuang adunan gajus. Bakar selama satu jam dengan suhu 150 darjah Celcius api atas bawah.