Kek Lapis Horlick

Ramuan / Bahan

16 oz mentega
10 biji telur
1 tin susu pekat manis
1 gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1 botol kecil horlicks (200gm)

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu hingga habis. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung, horlick dan susu. Gaul hingga rata dan sebati. Lenser acuan 8" x 8" dengan minyak dan di alas dengan kertas minyak. Ratakan 4 sudu makan adunan dan bakar dengan api bawah dahulu. Setelah masak tukar ke api atas. Ratakan 4 sudu makan lagi adunan dan bakar dengan api atas. Bila masak ulang lagi hingga habis.