Kek Kurma

Ramuan / Bahan

300 gm buah kurma (dibuang biji dan dicincang)
200 gm buah-buahan campur
1 cawan air suam
½ cawan gula pasir
½ cawan gula perang
250 gm mentega 2 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
¼ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk vanila

Cara-cara

Satukan buah kurma, buah-buahan campuran, air suam, gula pasir, gula perang dan mentega.

Kemudian panaskan di atas api kecil hingga gula cair. Sejukkan sekurang-kurangnya empat jam.

Masukkan telur dan pukul bersama bahan di atas hingga kembang.

Masukkan tepung gandum, serbuk penaik, garam dan serbuk vanila. Gaul hingga sebati.

Kukus selama 45 minit.