Kek Kulit Limau Parut

Ramuan / Bahan

1 ¾ cawan tepung
Sedikit garam
1 sudu teh serbuk penaik
10 sudu besar mentega
2/3 cawan gula 1 sudu teh kulit limau parut
2 biji telur
5 sudu besar susu
Sedikit koko dan esen vanila

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan pukul gula sampai hancur. Masukkan tepung dan susu. Kacau hingga sebati. Masukkan kulit limau. Bahagi dua adunan. Warnakan sebahagian koko dan satu lagi masukkan esen vanila. Sendukkan adunan ke dalam acuan berselang-seli warna dan bakar dalam ketuhar sederhana selama sejam.