Kek Kukus Special 4 Jam

Ramuan / Bahan

Bahan Bahan
1 kati tepung gandum
1 kati gula kasar
5 biji telor -buang pusat
12 auns marjerin
1 kotak buah campur(kotak besar) 2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh cream of tartar
3 sudu teh serbuk pala
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh esen limau/oren

Cara-cara

1-Ambil satu cawan gula buat gula hangus
2-Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat,cream or tartar dan serbuk pala
3-Gaul buah campur dengan tepung supaya buah tak jatuh ke bahagian bawah kek
4-Pukul gula dan telor sampai kembang
5-Masukkan marjerin, pukul lagi sampai kembang dan gula hancur
6-Masukkan esen vanila dan lemon/limau
7-Masukkan adunan tepong sedikit demi sedikit
8-Gaul secara timbal balik supaya rata
9-Masukkan gula hangus - gaul rata
10-Masuk dalam acuan atau periuk. Tutup bahagian dengan kain dan ikat supaya air wap tidak masuk
11-Kukus selama 4 jam.Pastikan air mencukupi