Kek Kukus Simply

Ramuan / Bahan

1 cawan air panas
1 cawan gula kasar
1 cawan koko
1 cawan minyak
4 biji telur dipukul
2 cawan tepung gandum }
1 sudu kecil baking powder }ayak
1 sudu kecil soda bicarbonate }
1 tin susu

Cara-cara

Panaskan air didalam kukusan. Campurkan air panas, gula kasar, koko dan minyak kemudian kacau sehingga larut dan sebati.
Masukkan tepung gandum, baking powder dan soda bicarbonate kemudian kacau sehingga sebati.
Masukkan telur dan diikuti oleh susu dan kacau sehingga sebati.
Masukkan kedalam acuan dan kukus selama sejam atau sehingga masak.