Kek Kukus Pisang Kaki

Ramuan / Bahan

1 cawan puri pisang kaki, daripada tiga biji pisang kaki masak ranum
2 camca teh serbuk penaik
250 gm mentega tanpa garam
1 ½ cawan gula halus
2 biji telur
1 camca sedang perahan limau susu 1 cawan tepung serba guna
1 camca teh serbuk kayu manis
½ camca teh garam
1 cawan walnut, dicincang halus
1 cawan kismis hitam

Cara-cara

Gaul puri pisang kaki bersama serbuk penaik. Ketepikan. Pukul mentega bersama gula hingga rata. Masukkan telur dan perahan limau susu. Kacau sebati. Masukkan tepung, serbuk kayu manis dan garam. Kacau lagi. Masukkan puri pisang kaki, walnut dan kismis hitam. Kacau sebati. Tuangkan adunan ke dalam acuan yang dilengser dengan sedikit mentega cair. Masukkan ke dalam kukusan yang dipanaskan terlebih dahulu. Kukus 2 jam.