KEK KUKUS NONA MANIS

Ramuan / Bahan

½ buku mentega
1 cawan gula halus
5 biji telur ayam
1 ½ cawan tepung gandum ) diayak
1 sudu teh soda bicarbonate)
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula pasir ) dibuat gula hangus
1 cawan air )
kismis hitam untuk hiasan

Cara-cara

Mentega dan gula dipukul hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.
Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bicarbonate dan gaul lagi.
Masukkan esen vanilla.
Masukkan gula hangus dan kacau hingga sekata.
Isikan adunan ke dalam mangkuk kertas dan letakkan kismis hitam sebagai hiasan.
Kukus selama sepuluh minit hingga masak.