Kek Kukus Mata Kucing

Ramuan / Bahan

10 biji telur
16 oz mentega
1 cawan gula
1 tin susu
3 sudu besar kaya


1 botol Horlicks
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
Sedikit gula perang

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang.

Masukkan telur satu-persatu. Kemudian masukkan kaya,horlicks, susu dan esen vanilla.

Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik.

Kemudian, masukkan gula perang. Gaul rata dan sebati.

Masukkan adunan dalam loyang, kukus hingga masak.