Kek Kukus Masam Manis

Ramuan / Bahan

160 gm tepung biskut cream cracker
450 gm mentega
350 gm gula pasir (dijemur kering)
10 biji telur (asingkan putih daripada
kuning)
1 tin susu pekat 15 bungkus Haw Flakes
Sedikit pewarna merah
¾ camca serbuk penaik
Sedikit esen vanila

Cara-cara

Pukul putih telur bersama gula hingga kembang. Ketepikan sebentar. Putar mentega hingga kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan putar lagi hingga kembang. Masukkan susu, serbuk penaik serta esen vanila, kemudian putar lagi hingga pekat. Masukkan tepung biskut dan kacau hingga rata dan sebati. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan tepung dan kacau lagi hingga rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian tanpa warna dan satu bahagian diberi sedikit pewarna merah. Alaskan acuan kek dengan kertas minyak yang telah disapu dengan sedikit minyak. Tuangkan 1/4 adunan pertama (tanpa warna). Ratakan dan kukuslah hingga masak selama 7 minit. Setelah masak aturkan Haw Flakes di atasnya. Lapiskan pula 1/4 adunan berwarna merah dan kukus semula selama 7 minit. Bila telah masak aturkan Haw Flakes seperti tadi dan letakkan pulak warna asal tadi. Buat begini berselang-seli hingga habis. Pastikan adunan kek yang telah masak sejuk dalam acuan sebelum dikeluarkan.