Kek Krim Kopi

Ramuan / Bahan

500 ml krim segar
140 keju krim
550 gm gula halus
1 camca teh esen vanila
8 biji kuning telur 100 gm serbuk kopi segera
50 gm serbuk coklat
100 gm cip coklat
170 gm pes pralin
10 keping gelatin sayuran (direndam)

Cara-cara

Putar krim segar sehingga ia kembang. Ketepikan sebentar.

Masukkan keju krim dan gula halus di dalam mangkuk adunan.Pukul sehingga ia kembang.

Masukkan esen vanila dan kuning telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi.

Masukkan serbuk kopi segera, serbuk coklat dan cip coklat. Pukul sehingga sebati.

Satukan krim segar dan adunan keju krim di dalam mangkuk adunan. Kacau rata.

Masukkan pes pralin dan gelatin ke dalam adunan dan digaul sebati. Ratakan adunan di dalam acuan dan disimpan di dalam peti sejuk selama 24 jam sebelum dihidangkan.

Potong kek melintang dan lapiskan dengan coklat masakan. Salutkan coklat masakan dan tabur parutan coklat.