Iranian Falafel

Ramuan / Bahan

300 gm kacang kuda, direndam semalaman
2 ulas bawang putih
200 gm daging kambing, dikisar
3 biji bawang merah
1 camca teh serbuk ketumbar 1 camca teh serbuk jintan manis
2 biji kuning telur
Garam, lada sulah secukupnya
1 tangkai daun ketumbar

Cara-cara

Kacang kuda dan bawang putih dikisar lumat.

Gaul daging kambing, bawang merah, serbuk ketumbar, daun ketumbar, jintan manis, kuning telur, garam dan lada sulah hingga sebati.

Kepal dan leperkan seperti bergedel. Goreng hingga kuning.