Kek Krim Kacang

Ramuan / Bahan

15 biji telur, disejukkan
9 biji putih telur
170 gm gula
141 gm tepung gandum
56 gm tepung jagung 1 camca teh serbuk penaik
59 ml air
300 gm kacang tanah, digoreng dan dikisar
170 gm mentega cair
Sedikit pewarna hijau

Cara-cara

Satukan telur, gula, tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik, air dan kacang tanah. Kacau sebati.

Masukkan mentega cair. Kacau lagi.

Kemudian bahagikan adunan dua bahagian. Satu biarkan warna asal dan satu lagi warnakan hijau.

Lapiskan adunan berselang-seli (warna asal dan wana hijau)di dalam acuan berukuran 20 cm.

Bakar selama satu jam.