Kek Krim Gulung

Ramuan / Bahan

375 gm tepung gandum
90 gm gula
4 biji telur
¾ camca kecil serbuk penaik
4 titik esen vanila Bahan-bahan krim:
250 gm mentega
300 gm air sejuk
125 gm gula
50 gm closet
3 titik esen vanila

Cara-cara

Putar telur dengan gula hingga kembang dengan kelajuan sederhana. Ayak tepung bersama serbuk penaik, kemudian masukkan ke dalam adunan sedikit-sedikit. Masukkan juga esen vanila dan kacaulah sehingga sebati. Sediakan loyang pembakar berukuran 30sm x 30sm beralaskan kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak (anggaran masak selama 10 minit). Setelah sejuk, keluarkan kek dan sapukan krim di atasnya rata-rata. Gulung kek kemas-kemas kemudian bolehlah disimpan.

Cara membuat krim:
Masak gula dengan air hingga pekat dan sejukkan. Putar closet dengan mentega hingga rata. Kemudian masukkan sirap gula dan esen vanila dan putar dengan kelajuan tinggi hingga sebati. Sapukan krim rata-rata di atas kek. Kemudian gulung kek kemas-kemas.