Kek Kotak Mancis

Ramuan / Bahan

10 biji telur ayam(asingkan putih telur dan kuning telur)
16 oz mentega
1 tin susu manis
1 botol horlick
3 paket buah Red Dates(dicincang halus)
1 botol gula hitam
1 sudu Ovelette
1½ gelas tepung gandum

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur. Kacau rata. Masukkan horlick, gula hitam, Ovelette, buah Red Dates dan tepung gandum. Kacau rata. Kamudian pukul putih telur di tempat lain hingga kembang dan masukkan susu. Kukus adunan pertama(bahagian kuning telur)dahulu hingga masak. Seterusnya dimasukkan pula adunan kedua(bahagian putih telur) hingga masak. Bentukkanlah menjadi seperti Kotak Mancis.