Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kek Kopi Mini

Ramuan / Bahan

185 gm tepung berserbuk penaik
100 gm gula halus
2 biji telur
2 sudu teh serbuk kopi segera dilarutkan dengan 2 sudu teh air panas (biar ia sejuk)
60 gm mentega (dicairkan)
125 ml susu segar
Acuan cawan kertas sederhana besar Bahan-bahan hiasan:
200 gm gula serbuk
2 sudu teh mentega
1 sudu teh serbuk kopi segera dilarutkan dengan 1 ½ sudu teh air panas (biar ia sejuk)

Cara-cara

Putar semua bahan, kecuali bahan hiasan, hingga ia sebati. Masukkan sedikit adunan kek di dalam acuan cawan kertas. Buat hingga habis adunan. Bakar ia pada suhu 180C selama 15 minit. Biar ia sejuk. Satukan semua Bahan hiasan di dalam mangkuk. Kacau hingga ia sebati. Bubuh bahan hiasan di dalam beg piping. Paipkan bentuk mawar kecil di atas kek tadi.