Kek Kopi Kayu Manis

Ramuan / Bahan

8 auns mentega
1 biji telur
1 ¼ cawan gula hangus
1 sudu teh serbuk kayu manis
¾ susu cair
2 ½ cawan tepung gandum
2 ½ sudu teh serbuk penaik
½ sudu teh garam Untuk membuat taburan di atas kek:
2 sudu teh serbuk kayu manis
1 sudu besar gula halus
2 sudu besar walnut (dicincang)

Cara-cara

Pukul telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit hingga hancur. Masukkan serbuk kayu manis. Panaskan susu agar suam sedikit. Masukkan tepung yang diayak bersama garam. Diselang-selikan bersama susu. Kacau rata. Akhir sekali, masukkan mentega yang dicairkan dan kacau betul-betul hingga sebati. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar. Taburkan walnut, serbuk kayu manis, dan gula. Bakar selama 35 minit.