Kek Kopi Aprikot Prun

Ramuan / Bahan

2/3 cawan gula halus
3 biji telur
1 cawan susu cair
½ cawan mentega, dicairkan
1 cawan aprikot kering, direndam sejam di dalam air panas, disejat dan dicincang kasar
1 cawan prun, dicincang kasar Bahan digaul bersama:
1 cawan gula perang
1 camca teh serbuk kayu manis
½ cawan walnut

Bahan diayak bersama:
2 ½ cawan tepung serba guna
1 camca sedang serbuk penaik
½ camca teh garam

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 180'C. Lengserkan acuan kek dengan sedikit mentega. Pukul gula bersama telur, susu dan mentega hingga sebati. Gaul bahan-bahan diayak bersama dengan aprikot dan prun. Masukkan sebahagian adunan ke dalam acuan dan tabur bahan-bahan digaul bersama ke atasnya. Kemudian tuang sebahagian lagi adunan dan taburkan bahan-bahan diayak bersama. Bakar 50 minit atau hingga masak.