Kek Koko Senang

Ramuan / Bahan

3 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk coklat
2 ½ cawan gula pasir
2/4 cawan butter
¾ cawan minyak masak
¾ cawan air
1 tin susu cair 1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar bicarbonate soda
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur

Bahan untuk topping:
Serbuk koko
Susu pekat
Butter

Cara-cara

Sediakan tempat mengukus dan didih air. Ayak tepung dengan baking powder dan bicarbonate soda.

Kemudian masukkan bahan yang lain. Blend sekejap. Akhir sekali masukkan telur sebiji demi sebiji. Dan pukul untuk seketika lagi.

Sediakan acuan dan salut dengan aluminium foil. Tuang adunan dalam acuan. Masukkan adunan dalam pengukus. Dan kukus selama 1 1/2 jam.

Setelah masak, anggaran serbuk koko dan susu pekat digaul, kemudian panaskan campuran koko dan susu bersama butter.

Masak dengan api kecil hingga butter cair. Sapukan atas kek.