Kek Koko Madeira

Ramuan / Bahan

6 auns mentega
6 auns gula halus
3 biji telur
4 auns tepung naik sendiri
2 auns serbuk koko 3 sudu besar madeira
2 sudu besar walnut
2 sudu besar susu cair
Sedikit garam

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga lembut. Pukul telur dan campur sedikit-sedikit ke dalam adunan mentega. Pukul lagi. Ayak tepung, koko dan garam. Masukkan dalam adunan sedikit demi sedikit diselang-seli dengan madeira dan susu. Kacau rata. Apabila adunan telah lembut, masukkan separuh daripada walnut ke dalam adunan. Masukkan ke dalam acuan bulat yang disapu mentega dan bakar selama 45 minit. Keluarkan dan tabur walnut yang selebihnya dan bakar lagi selama 15 - 20 minit.