Gulung Hang Li Po

Ramuan / Bahan

500 gm tepung beras
150gm tepung jagung
114 gm tepung Tang Ming
150 gm tepung gandum
2,000 ml air
50 gm minyak masak Bahan untuk membuat sos:

500 gm udang (dicelur lima minit)
20 gm sos tiram
300 gm gula kastor
80 gm stok ayam
60 gm bawang besar (dihiris)
20 gm bawang putih (dihiris)
50 gm halia muda (dihiris)
50 ml minyak berperisa maggi
50 gm minyak masak
100 gm bawang kecil (dihiris)

Cara-cara

Campurkan tepung beras, tepung jagung, tepung Tang Ming, tepung gandum, minyak dan air. Uli sehingga ia rata.

Susun kain muslin ke dalam kukusan rotan seperti yang digunakan di restoran Cina. Tuangkan nipis adunan tepung ke atas kain muslin dan kukus seminit.

Setelah itu, susun udang ke atas tepung dan gulung.

Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bawang putih sehingga ia wangi.

Campurkan minyak berperisa maggi, kicap, sos tiram, gula,stok ayam serta didih sampai lima minit.

Susun kuih gulung tadi ke dalam pinggan dan tuangkan sos ke atasnya.Kemudian taburkan bijan goreng.