Kek Keju Mangga

Ramuan / Bahan

250 g biskut Marie, dihancurkan
100 g mentega cair
350 g keju krim
150 g gula kastor
2 biji telur ayam 4 camca besar perahan mangga
6 camca teh gelatin, dibancuh bersama 4 camca teh air, sejukkan di dalam peti sejuk sebentar
300 ml krim putar
2 camca besar serbuk kulit kayu manis

Cara-cara

Satukan biskut Marie bersama mentega cair, gaul hingga ia sebati. Ratakan adunan di dalam tin bakar yang telah dialas kertas kalis minyak. Putar keju krim bersama gula kastor hingga ia kembang. Masukkan telur, putar lagi hingga ia kembang. Masukkan perahan mangga ke dalam gelatin. Kemudian masukkan di dalam bancuhan keju krim tadi. Tuang adunan di dalam tin bakar tadi. Sejukkan di dalam peti sejuk, 2 jam. Keluarkan. Ayak serbuk kulit kayu manis pada seluruh permukaannya.