Kek Keju Gateoux Coklat

Ramuan / Bahan

4 biji telur
100 gm gula
50 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
5 biji kuning telur - bahan gateoux 200 gm gula - bahan gateoux
500 gm krim keju - bahan gateoux
500 ml krim putar - bahan gateoux
10 gm serbuk agar-agar - bahan gateoux
100 ml air - bahan gateoux

Cara-cara

Pukul telur bersama gula hingga kembang dan masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit ketika pengadun masih berputar. Setelah sebati masukkan adunan ke dalam acuan. Bakar 10 minit. Sementara menanti adunan masak sediakan gateoux. Pukul telur dan gula hingga kembang sedikit. Masukkan krim keju dan gaul lagi. Masukkan krim putar sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Bancuh serbuk agar-agar bersama air hingga larut, kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Kacau sebati. Setelah adunan kek masak, keluarkan dan terap menggunakan acuan bulat, buatlah tiga atau empat tekapan. Di dalam acuan susun kek diselang-selikan dengan gateoux hingga habis. Sejukkan.