Kek Keju Bakar

Ramuan / Bahan

450 gm krim keju
200 gm gula halus
3 biji telur, asingkan kuning dan putihnya
200 ml krim putar 50 gm mentega cair
1 biji lemon, diambil kulitnya
Beberapa titik esen vanila
50 gm tepung serbaguna

Cara-cara

Pukul krim keju bersama sebahagian gula. Masukkan kuning telur sebiji demi sebiji.

Apabila kembang, masukkan kulit lemon, esen vanila dan tepung.

Pukul putih telur bersama sebahagian lagi gula hingga putih. Kemudian kaup balikkan ke dalam adunan kuning telur.

Masukkan krim putar dan mentega cair. Kacau rata.

Masukkan adunan ke dalam acuan, bakar selama satu setengah jam menggunakan kepanasan 150 darjah Celcius.