Kek Keju Aiskrim

Ramuan / Bahan

300 gm biskut digestive (dihancurkan)
100 gm mentega (dicairkan)
250 gm krim keju
160 gm gula halus
100 gm dadih perisa buah-buahan 1 camca besar serbuk agar-agar
150 ml sirap nanas
200 gm nanas berkaleng (didadu halus)
500 ml aiskrim perisa vanila

Cara-cara

Gaul biskut dan mentega, ratakan pada dasar tin spring form 20 cm. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.

Putar krim keju bersama gula hingga gebu. Masukkan dadih, pukul rata. Ketepikan.

Jerang serbuk agar-agar bersama sirap nanas hingga agar-agar larut. Masukkan di dalam bancuhan krim keju dan putar rata.

Bubuh pula nanas dan aiskrim, kacau sebati. Tuang adunan di atas lapisan biskut. Tutup kemas dan biar di dalam peti sejuk semalaman.