Kek Keju Aidilfitri

Ramuan / Bahan

5 biji telur (diasingkan putihnya)
100 gm gula kastor
150 gm krim keju
50 gm tepung serbaguna 200 gm whipping krim (dipukul gebu)
300 ml susu segar (dipanaskan sedikit)
70 gm putih telur (dipukul gebu)

Cara-cara

Pukul kuning telur dan gula sehingga ia kembang. Masukkan krim keju dan tepung.

Campurkan susu segar yang dipanaskan dengan whipping krim.

Masukkan adunan susu segar ke dalam adunan kuning telur.

Akhir sekali masukkan putih telur yang dipukul kembang. Gaul sehingga rata.

Masukkan adunan ke dalam loyang yang diletakkan di atas bekas berisi air. Bakar dengan suhu 180 darjah Celcius selama 35 minit.