Kek Kayu Manis

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
80 gm gula hangus
220 gm tepung berserbuk penaik
5 biji telur Sedikit pewarna kuning
1 batang kayu manis (disangrai dan ditumbuk halus)
5 biji bunga cengkih (disangrai dan ditumbuk halus)
1 biji bunga lawang (disangrai dan ditumbuk halus)

Cara-cara

Putarkan mentega dan gula halus sehingga ia kembang.

Masukkan tepung dan kacau sehingga ia rata. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar sehingga ia kembang.

Masukkan pewarna kuning dan rempah yang disangrai ke dalam adunan. Putar lagi.

Ratakan adunan di dalam tin, bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit sahaja.