Kek Karang

Ramuan / Bahan

10 biji telur ayam
2 gelas gula merah
2 sudu teh vanila
3 peket manisan keranji
4 kotak buah bidara
1 tin mentega(16ozs) 1 tin jem buahan
½ kati gajus
1 tin susu manis
4 peket ceri merah & hijau
4 gelas tepung (1 gelas gaul dgn buah)

Cara-cara

Pukul mentega dgn gula sampai kembang. Masak susu, jem, vanila & telur. Masuk 3 gelas tepung gandum. Pukul rata-rata buah bidara diisi dgn gajus. Ceri dibelah 2, manisan dipecah-pecah. Kemudian gaul semua buah dgn 1 gelas tepung, baru dimasuk ke dalam adunan telur tadi, pukul sampai rata. Masuk ke dalam adunan kukus sampai masak.