Kek Horlick Coklat

Ramuan / Bahan

Bahan-Bahan:
16oz Mentega (Brand Farm Cow)
10 biji telur
1½ horlick (botol kecil)
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
1 botol browning

Cara-cara

Cara Membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. (ketepikan)
2. Pukul telur hingga kembang. kemudian masukan bahan no. 1 dan gaul hingga sebati dan kembang.
3. Masukkan pula tepung dan horlick. gaul rata.
4. masukkan pula browning dan gaul hingga sebati.
5. masukkanke dalam tin pembakar dan bakar hingga masak.