Kek Holiday Inn

Ramuan / Bahan

1 tin mentega ( 250 gm)
1 tin milo ( tin kecil)
1 botol Horlicks ( botol kecil)
1 tin susu manis 2 gelas tepung roti marie (roti marie di hancurkan dan ayak)
1 gelas gula ising
10 biji telur

Cara-cara

Pukul telur, gula dan mentega hingga kembang. Masukkan susu dan tepung roti marie dan gaul hingga rata. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Campurkan satu bahagian dengan milo dan satu bahagian lagi dengan horlicks. Kukus selapis demi selapis. setiap lapisan mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk masak. setelah siap kukus lagi selama 2 jam.