Kek Holiday Inn

Ramuan / Bahan

8 biji telu
12 oz mentega
2 gelas tepung gandum
1 botol kecil horlick
2 sudu teh coco elmulco/gula hitam 2 sudu teh esen vanilla
½ tin kecil susu pekat manis
2 gelas gula halus
Pewarna hijau + 3 biji kuning telur

Cara-cara

Pukul mentega bersama gula hingga kembang dan masukkan 8 biji telur satu persatu sambil dikacau.

Masukkan susu, horlick, tepung, coco emulco, dan esen vanilla ke dalam adunan serta kacau hingga sebati.

Sediakan acuan yg sudah disapu dgn sedikit mentega dan ditabur sedikit tepung.

Masukkan 2 senduk adunan ke dalam acuan dan bakar atau kukus hingga masak.

Setelah masak, sapukan telur yg dicampur pewarna hijau ke atas kek tadi hingga rata.

Tuang 2 senduk adunan lagi ke atas kek dan bakar/kukus lagi hingga masak.

Ulang lapisan tadi (langkah 5 & 6)sehingga adunan habis.