Kek Hitam Manis

Ramuan / Bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan margarine
1 cawan gula halus
1 sudu ovellete
3 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar serbuk coklat

Cara-cara

Pukul margarine dan gula hingga gebu.

Kemudian, masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sebati.

Masukkan tepung, esen vanilla, ovellete dan serbuk coklat.

Masukkan adunan dalam bekas dan bakar selama 40 minit.