Kek Hati Pari

Ramuan / Bahan

10 biji telur
16 oz mentega
5 cawan gula
10 cawan tepung gandum
½ kati kismis
1 botol browning sugar
2 sudu makan bicarbonate
1 pack buah prune tanpa biji yang telah dikisar
1 tin susu manis

Cara-cara

Mentega dan gula dipukul sehingga kembang dan selepas itu masukkan telur satu persatu . Kemudian masukkan susu pekat dan browning sugar. Selepas itu masukkan bicarbonate, kismis, buah prune dan tepung. Kacau sehingga semuanya sebati.Kukus untuk selama 8 jam.