Kek Halma

Ramuan / Bahan

8 auns kurma (dibuang biji)
1 sudu teh soda bikarbonat
150 ml air panas
4 auns gula merah
4 auns mentega
2 sudu besar sirap kencana hitam 1 sudu besar sirap kencana pucat
2 biji telur
8 auns tepung naik sendiri
2 sudu teh serbuk halia
2 sudu besar gulai aising

Cara-cara

Cincang buah kurma, taburkan sedikit soda bikarbonat. Masukkan ke dalam mangkuk yang berisi 150 ml air panas dan biar sehingga sejuk. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan kedua-dua sirap kencana hitam dan pucat. Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi. Masukkan tepung, halia, buah kurma serta airnya sekali kacau. Tuang ke dalam acuan bulat dan bakar selama 50 - 60 minit. Setelah dikeluarkan dan bila sejuk barulah ditabur gula aising.