Kek Halia

Ramuan / Bahan

8 auns tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 ½ sudu teh halia (ditumbuk halus)
2 auns sirap kencana hitam
4 auns sirap kencana pucat 3 auns mentega
2 auns gula merah
2 biji telur
2 sudu teh susu cair

Cara-cara

Ayak tepung dan soda bikarbonat dalam sebuah mangkuk. Masak kedua-dua sirap kencana, gula merah berasama mentega di atas api perlahan sehingga cair. Pukul telur dan susu seketika, campurkan ke dalam air gula yang dimasak. Masukkan ke dalam tepung dan kacau hingga sebati. Masukkan dalam acuan empat persegi yang telah disapu mentega dan bakar selama sejam.