Biskut Coklat Cip

Ramuan / Bahan

200 gm mentega
165 gm gula kastor
150 gm gula perang
2 biji telur
225 gm tepung gandum 1 camca teh esen vanila
25 gm serbuk koko
125 gm kacang tanah
95 gm coklat cip
75 gm badam, dihiris

Cara-cara

Masukkan mentega, gula, gula perang dan telur di dalam mangkuk. Pukul sederhana menggunakan pengadun elektrik hingga ia lembut. Kemudian masukkan tepung, esen vanila, koko, kacang, coklat cip dan badam. Kacau hingga adunan sebati. Sapukan sedikit mentega pada talam bakar. Gunakan camca besar untuk adunan dan letakkan pada talam bakar dengan jarak di antaranya ialah 3 cm. Masukkan ke dalam ketuhar pada suhu sederhana dan masak 15 minit. Setelah masak biar 5 minit sebelum dikeluarkan daripada ketuhar.