Kek Gulung Nanas

Ramuan / Bahan

10 biji telur
100 gm tepung gandum
150 gm gula halus
60 gm tepung jagung
1 sudu kecil serbuk penaik
1½ sudu kecil Quick 75
70 gm mentega cair 50 gm air sejuk
Sedikit pewarna kuning dan merah

Bahan-bahan krim:
5 sudu besar gula pasir
1½ sudu besar tepung jagung
Sedikit krim segar

Cara-cara

Pukul semua bahan hingga kembang dan rata kecuali mentega cair, pewarna kuning dan pewarna merah. Kemudian masukkan mentega cair dan kacau hingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian diberi pewarna merah dan satu bahagian diberi pewarna kuning. Sediakan dulang empat persegi yang beralaskan kertas minyak. Masukkan adunan berwarna merah hingga rata, kemudian bakarlah hingga masak. Setelah masak, tuangkan adunan berwarna kuning pula di atas kek tadi. Kemudian bakar lagi sehingga masak. Apabila kek telah sejuk, sapukan jem nanas berselang-seli dengan krim hingga rata. Kemudian gulungkan kemas-kemas. Apabila hendak dihidang, bolehlah dipotong mengikut kesukaan anda.

Cara membuat krim:
Masak semua bahan-bahan di atas api hingga pekat dan sejukkan. Kemudian bolehlah digunakan.