Kek Epal Crumble

Ramuan / Bahan

¾ cawan gula kastor
1/3 cawan air
125 gm mentega
1 sudu kecil esen vanila
3 biji telur (asingkan putih dan kuning)
3 biji epal (kupas kulit dan potong setebal 1 cm) Bahan-bahan topping:
150 gm tepung
75 gm mentega
30 gm gula kastor

Cara-cara

Masak gula dan air ke dalam periuk hingga cair. Sejukkan. Putar mentega, vanila dan kuning telur hingga kembang. Masukkan air gula. Campurkan telur dan putar sebati. Dalam mangkuk berasingan, putar putih telur hingga kembang. Campur putih telur ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata. Masukkan separuh adunan ke dalam acuan bulat. Susun epal dan tambah adunan untuk toppng di atasnya. Ratakan dan bakar selama 35 minit. Untuk membuat topping, gaul semua bahan hingga menjadi serbuk roti. Sejukkan.