Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Kek Epal Berempah

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
250 gm tepung
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh rempah kuih 4 biji epal hijau (buang kulit dan hiris nipis)
1 cawan walnut (dikisar)
¾ cawan gula kastor
4 biji telur

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.

Masukkan rempah kuih dan walnut. Kacau rata.

Akhir sekali, masukkan tepung dan serbuk penaik serta digaul sebati.

Tuang adunan ke dalam bekas pembakar dan susun hirisan epal di atasnya.

Bakar selama 50 minit dengan kepanasan 160 darjah Celcius.

Setelah masak, sejukkan dan sapu jem aprikot.