Kek Durian

Ramuan / Bahan

1 cawan isi durian, buangkan bijinya
1 sudu besar tepung susu
5 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri 1 ½ cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanila
2 cawan marjerin
Sedikit garam

Cara-cara

Pukul gula dan marjerin hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul. Wangikan dengan esen vanila. Sebatikan adunan dengan isi durian. Perlahankan mesin, masukkan tepung sedikit demi sedikit, diikuti tepung susu. Tuangkan ke dalam acuan yang siap bergris dan bakar dalam ketuhar yang panasnya 150'C selama 45 minit atau hingga masak.