Kek Delima

Ramuan / Bahan

1 biji buah delima ukuran sedang (diambil jusnya)
3 biji telur
150 gm gula perang
150 gm mentega 150 gm tepung naik sendiri
¼ sudu teh vanila
¼ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk rempah kek

Cara-cara

Satukan mentega, gula, kemudian pukul hingga kembang. Selang selikan dengan memasukkan telur.

Masukkan tepung naik sendiri, jus delima, serbuk rempah kek dan gaulkan hingga sebati.

Bakar pada suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit.