Kek Coklat Walnut

Ramuan / Bahan

145 gm mentega
185 gm gula perang
3 biji telur
30 ml trickle hitam (black trickle)
1 sudu kecil esen vanila
225 gm tepung gandum
½ sudu kecil soda bikarbonat 1 sudu kecil serbuk penaik
Sedikit garam
225 ml susu segar
57 gm coklat cair
100 gm walnut, cincang dan panggang
Coklat cair dan baki walnut cincang yang dicincang lagi hingga halus (bahan hiasan)

Cara-cara

Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan telur satu persatu hingga habis sambil dipukul. Campurkan trickle hitam serta esen kacau rata. Kemudian campurkan pula tepung yang siap berayak dengan serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan sebahagian dari walnut cincang, kacau lagi. Tuangkan coklat cair diikuti susu dan gaul hingga sebati. Isikan adunan ke dalam dua bekas pembakar yang sama besar yang telah dilenser mentega serta ditabur tepung. Bakar berasingan hingga masak. Apabila sejuk, sapu atas kek dengan coklat cair, tabur sedikit walnut cincang sandwic dengan sekeping lagi kek dan salut kek dengan lebihan coklat cair, tabur atasnya dengan walnut cincang. Hias mengikut cita rasa sendiri.