Kek Coklat Urai

Ramuan / Bahan

200 g tepung beserbuk penaik] diayak
Secubit garam ] bersama
200 g marjerin lembut
200 g gula kastor 4 biji telur ayam
1 camca teh serbuk penaik
½ camca teh esen vanila
60 g coklat urai (chocolate rice)

Cara-cara

Satukan kesemua bahan kecuali coklat urai ke dalam satu bekas. Pukul adunan dengan pemutar selama 2 minit. Masukkan coklat urai. Tuangkan adunan terus ke dalam tin pembakar. Bakar dalam ketuhar bersuhu 180C atau menggunakan gas nombor 4 selama 15-20 minit.