Getuk

Ramuan / Bahan

600 gm ubi kayu
1 cawan gula ½ biji kelapa parut(dibuang kulit ari)
Garam secukup rasa

Cara-cara

Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Kemudian rebus dengan sedikit garam hingga empuk. Setelah itu, angkat dan toskan airnya. Getuk ubi panas-panas hingga gebu. Masukkan gula dan kelapa. Getuk lagi hingga ubi kelihatan melekat-lekat. Sediakan sebuah loyang. Masukkan ubi tadi dan tekan sehingga rata dan padat. Bila telah sejuk, bolehlah dipotong dan dihidangkan.