Kek Coklat Minyak

Ramuan / Bahan

2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula kastor
2 biji telur
1 camca teh esen vanila
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak/jagung
1 cawan air panas

Cara-cara

1. lenserkan acuan pembakar dengan minyak.
2. panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius
3. pukul telur & gula kastor hingga kembang bersama esen vanila.
4. masukkan serbuk koko, minyak masak, susu pekat manis dan air panas. gaul hingga sebati.
5. kemudian masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit. gaul hingga rata.
6. masukkan ke dalam acuan pembakar & bakar selama 40 minit hingga 1jam.