Kek Coklat Marble

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan
A
Mentega 1 cawan
Tepung 2 cawan

B
Gula 1 cawan
Telur 5 biji

C
Serbuk penaik ½ sudu makan
Serbuk koko(diayak) 4 sudu makan
Susu pekat ½ cawan

Cara-cara

Cara-cara
1.Bahan B (telur + gula) diputar sehingga kembang
2.Bahan A (tepung + mentega)diputar/pukul sehingga sebati
3.Masukkan bahan A kedalam B adun sehingga sebati.
4.Masukkan serbuk penaik dan putar lagi. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
5.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian
Bahagian 1 diasingkan bekas lain
Bahagian 2 : masukkan serbuk koko dan pukul sehingga sebati .
8.Masukkan adunan ke dalam acuan secara berselang seli bahagian 1 dan bahagian 2.
9.Panaskan oven 10 minit. Baru masukkan aduanan kek ke dalam oven pada suhu 180-185C selama 45 minit

P/s: jika adunan tidak dibahagi 2 , kek hanya menjadi kek coklat biasa...bukan kek marble coklat