Kek Coklat Mak Mertua

Ramuan / Bahan

Bahab A:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kasar
¾cawan serbuk koko
1sudu kecil sodabikarbonat
1 sudu kecil baking powder


Bahan B:
1 cawan minyak masak
½ tin susu cair
3 biji telur ayam gred A (diblender)
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara

1.Campurkan Bahan A dan gaul rata.Pastikan tepung gandum diayak sempurna
2. Masukkan minyak masak dan gaul
3. Masukkan telur yang telah diblender.
4. Masukkan susu cair dan gaul lagi
5.Akhir sekali masukkan air panas mendidih dah gaul.
6. Tuang kan ke dalam loyang yang sudah di sapukan dengan butter dan dilapik kertas.
7. Kukus selama 45minit.