Kek Coklat Lembap

Ramuan / Bahan

Bahan A
1 cawan air
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 bungkus buttercup Bahan B
2 cawan tepung gandum
½ sudu serbuk bikarbonat

Bahan C
2 biji telur
1 tin susu cair

Cara-cara

1. Masak kesemua bahan A terlebih dahulu sehingga masak dan dibiarkan sejuk seketika setelah masak.
2. Ayak tepung gandum bersama serbuk bikarbonat
3. Pukul telur bersama susu cair
4. Campurkan kesemua bahan ke dalam 1 bekas dan digaul.
5. Setelah adunan digaul sebati masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 jam.